1 juta minit setiap saat, perkongsian data berkaitan video

Jika suatu ketika dahulu, menonton video mungkin antara perkara yang ramai suka buat, tetapi tidak melakukannya secara aktif disebabkan kekangan data dan kelajuan internet yang menyebabkan ianya sukar untuk dilakukan.

Namun masa kini, boleh dikatakan merata tempat ada free WiFi, mobile data pun tak begitu mahal, bahkan ada syarikat telekomunikasi yang memberikan perkhidmatan data tanpa had untuk aktiviti di media sosial.

Ini menyebabkan ada begitu banyak data-data berkaitan video ini yang bergerak pantas dalam dunia digital masa kini. Soalnya, apa yang boleh kita pelajari daripada perkara ini?

trend pemasaran menggunakan video

Goldie Chan berkongsi dalam salah satu videonya di LinkedIn bagaimana setiap bulan, ada lebih 250 juta pengguna aktif daripada 500 juta pengguna keseluruhan di LinkedIn dan 90% daripada pengguna ini gemar untuk menonton video.

Dan dalam masa yang sama, 80% aktiviti dalam dunia digital melibatkan aktiviti menonton video. Ini adalah trend yang sedang berkembang pesat. Andai kita ingin meluaskan penguasaan dunia digital, menggunakan video sudah menjadi kewajipan untuk menarik perhatian lebih ramai pengguna.

Kami di datadriven.my juga akan menerbitkan siri video-video perkongsian dan tutorial di channel YouTube DataDrivenMy, buat masa ini hanya ada 1 video sementara kami menanti beberapa peralatan untuk membuat rakaman dengan lebih baik. Jemput langgan untuk memberikan sokongan kepada kami.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *