Berikut adalah beberapa jenis perkhidmatan atas talian yang anda boleh gunakan untuk mengutip data dalam laman web anda dan gunakannya untuk membuat analisa secara lebih mendalam.
1. Google Analytics
Pasti ramai yang telah mengetahui mengenai perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Google untuk membolehkan kita membuat pelbagai analisa berkaitan dengan laman web kita.
Daripada durasi pengunjung, lokasi pengunjung, browser, halaman mereka masuk, halaman mereka keluar, conversion, perjalanan pengunjung dan banyak lagi. Anda juga boleh melanggan Google Analytics 360, tetapi ianya lebih kepada untuk perniagaan besar untuk analytics dan data yang lebih mendalam.
2. Clicky
Clicky merupakan perkhidmatan yang hampir sama seperti Google Analytics cuma dengan perincian yang berbeza. Setiap platform analytics akan ada beberapa algoritma pengurusan data yang berbeza mengikut keperluan atau tujuan platform mereka dibina.
Antara fungsi menarik dalam clicky adalah real-time analysis yang boleh dilakukan dalam laman anda. Terdapat juga fungsi tersedia seperti heatmap untuk mengetahui bahagian mana yang mendapat lebih banyak klik dalam laman web anda.
Anda boleh menggunakan clicky dengan akaun percuma (mempunyai limitasi jumlah pengunjung) atau mengambil pakej berbayar mereka untuk fungsi yang lebih banyak.
3. Woopra
Woopra juga merupakan alat untuk kita membuat analisa data dalam laman web kita, cuma ada beberapa fungsi tambahan dalam woopra antaranya live chat yang membolehkan kita terus berhubung dengan pelawat yang sedang melawat halaman dalam web kita.
Woopra menyediakan fungsi untuk kita mengetahui visitor journeys, menambah automation atau trigger untuk tindakan tertentu oleh pengunjung, menganalisa trend, membuat visitor retention dan banyak lagi.
Saban tahun, platform ini berkembang untuk memberikan lebih banyak data kepada empunya laman dan dalam masa yang sama, menyediakan fungsi-fungsi automatik yang memudahkan pengurusan laman dan analisa data.
Reader Interactions