Antara komponen penting dalam pemasaran zaman sekarang

Ini antara komponen penting perlu wujud dalam laman web kita sekiranya kita ingin membuat analisa data secara menyeluruh. Komponen ini berkaitan dengan bagaimana kita mengutip data dan ke mana data-data ini perlu kita salurkan agar ianya akan dapat dikumpulkan untuk dianalisa agar mendapat gambaran lebih jelas aktiviti yang dijalankan.

Jika anda mempunyai laman web, komponen pertama yang perlu ada dalam web anda adalah Google Analytics. Jika anda belum memasang alat percuma ini, boleh tonton video Tutorial bagaimana memasang Site Kit by Google ini.

komponen penting dalam pemasaran digital

Selepas kita telah memasang Google Analytics, komponen seterusnya adalah untuk memastikan FB Pixel kita telah terpasang dalam laman web kita. Cara untuk memasang FB Pixel ini sebaiknya menggunakan Google Tag Manager. Tunggu tutorial bagaimana memasang FB Pixel menggunakan GTM dalam masa terdekat.

Komponen terakhir yang sama penting, adalah Google Ads Pixel, ini untuk dikaitkan dengan pemasaran menggunakan Google Ads Platform. Sama seperti FB pixel tadi, Google Ads Pixel ini juga kita akan uruskan menggunakan Google Tag Manager.

pemasaran data yang menguntungkan

Andai kita mempunyai 3 komponen ini, bermakna kita sedang menggunakan sebahagian daripada platform pemasaran berbayar yang paling top dalam dunia. Pemasaran yang boleh menyebabkan kita untung berlipat kali ganda sekiranya dirancang dan dibuat dengan baik.

Ada apa-apa soalan? boleh ajukan di ruangan komen, atau terus gunakan borang hubungi untuk mendapatkan konsultasi percuma.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *