Apabila bercerita mengenai blockchain seperti bitcoin, kita akan terdedah dengan matawang kripto. Walaupun masih ramai merasakan perkara ini tidak akan bertahan lama, tapi dengan memahami konsep blockchain yang membolehkan banyak perkara diselesaikan. Matawang kripto ini akan mendapat tempat dalam mata masyarakat.
Ada dua jenis pengurusan atau konsep matawang kripto yang digunakan dalam pasaran, konsep pertama di panggil Proof Of Work. Konsep ini digunapakai oleh matawang kripto awal seperti bitcoin. Kemudian konsep yang kedua pula adalah konsep Proof Of Stake. Konsep ini pula digunapakai oleh matawang kripto yang lebih baru.
Bagaimana konsep Proof Of Work ini berlaku? asasnya, semua miner yang wujud dalam rangkaian, akan berebut-rebut untuk menyelesaikan masalah matematik dalam rangkaian bitcoin (sebagai contoh) dan hanya yang berjaya menyelesaikan dengan tepat dalam tempoh 10 minit akan mendapat upah penyelesaian tersebut.
Konsep ini bagus, tetapi ianya menyebabkan ada banyak sumber yang digunakan dan dibazirkan secara tak langsung. Sumber seperti elektrik akan diperlukan dengan banyak untuk memastikan konsep ini berjalan dengan lancar.
Konsep Proof of Work memberi upah dalam bentuk matawang kripto untuk setiap blok yang berjaya diselesaikan. Semakin banyak blok yang diselesaikan, semakin banyaklah matawang kripto yang mereka akan perolehi.
Disebabkan perkara ini, jumlah bitcoin yang akan habis dilombong akan mengambil masa beberapa puluh tahun lagi.
Berbeza pula dengan konsep Proof Of Stake yang memberi kepada pihak tertentu dalam rangkaian untuk membina blok-blok yang diperlukan. Dalam konsep proof of stake, tidak ada proses melombong seperti dalam Proof of Work. Mereka hanya akan diberikan upah untuk setiap transaksi.
Ini perbezaan utama dalam dua konsep yang digunakan untuk menguruskan matawang kripto dalam pasaran masa kini. Kedua-dua konsep ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun ianya memberikan kemudahan kepada semua untuk menggunakan matawang kripto di mana sahaja mereka berada.
Ada sebarang soalan? boleh ajukan di ruangan komen.
Reader Interactions