Bagaimana Artificial Intelligence menggunakan data

Kita mungkin seringkali terfikir, kenapa bila kita terfikirkan sesuatu, akan ada iklan yang lalu untuk menawarkan apa yang kita fikirkan. Contoh kita terfikir ingin menukar kasut baru, tiba-tiba pelbagai iklan kasut yang lalu di hadapan kita.

Ini sebenarnya berlaku bukan kerana mereka membaca fikiran kita pada ketika itu, tetapi mereka menggunakan data dan gabungan AI atau artificial intelligence untuk membuat jangkaan berdasarkan data-data yang mereka kumpul untuk sekian tempoh.

menggunakan artificial intelligence untuk membuat jangkaan data

Memang nampak macam pelik, tapi ini adalah hakikat teknologi dalam dunia digital yang boleh kita gunakan untuk memaksimakan penghasilan untuk perniagaan atau apa juga yang kita ingin usahakan.

Setiap hari, ada begitu banyak tempat pengumpulan data yang membuat penilikan terhadap aktiviti yang kita semua lakukan. Ke mana kita pergi, apa kita makan, gambar apa kita ambil, dengan siapa kita bersama, kenderaan apa yang kita naiki, carian apa yang kita lakukan dan pelbagai lagi.

Semua ini berlaku tanpa perlu kita sedar secara langsung, daripada penggunaan peranti pintar, penggunaan laman media sosial, penggunaan enjin carian dan pelbagai lagi aktiviti dalam dunia digital yang menyebabkan data-data ini boleh mereka kumpul.

menggunakan big data untuk keuntungan digital

Kita jumpa sebenarnya memang boleh menggunakan data yang sama untuk keuntungan atau kepentingan kita, cuma tak ramai yang sedar mengenai perkara ini dan seterusnya mengabaikannya.

Andai hari ini, kita menggunakan internet dan dunia digital untuk membuat pemasaran, jualan dan seumpamanya, sila pastikan kita mengumpul seberapa banyak data untuk kegunaan semasa dan akan datang.

Data-data ini adalah aset digital penting yang akan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *