Big Data – menggunakan data untuk analisa tepat

Jika sebelum ini kita ada bercerita bagaimana blockchain menggunakan blok data dan ID rujukan untuk menguruskan data-data dalam rangkaian, ada satu lagi terma yang perlu kita tahu pada masa kini iaitu big data.

Asas big data ini hanyalah proses mengumpulkan seberapa banyak data yang boleh dikumpul untuk disimpan dan kemudiannya dianalisa untuk pelbagai tujuan.

menggunakan big data untuk keuntungan masa depan

Ini adalah perkara yang akan menyebabkan keuntungan pada masa hadapan akan dapat dilipat-kali-gandakan. Bayangkan hanya kerana kita mengetahui pergerakan penumpang dalam lapangan terbang, dan kita berjaya mengoptimasi mungkin 1% daripada aktiviti tersebut.

Keuntungan yang kita akan perolehi akan melibatkan jutaan ringgit dan ini hanya bercerita mengenai perkara umum. Bayangkan kita menggunakan konsep yang sama dalam laman web kita, dalam kempen pemasaran online, dalam segala perkara yang kita lakukan dalam dunia digital.

Ianya juga kana memberikan impak yang sangat bagus dan luar biasa. Hari ini, bagaimana laman seperti alibaba boleh membuat jualan billion dollar dalam masa 1 hari, semuanya disebabkan big data ini.

bagaimana big data membuat analisa tepat

Mereka telah tahu apakah yang akan dibeli, berapa banyak yang dibeli, berapa ramai akan membeli dan berapa pula kapasiti infrastruktur yang perlu mereka sediakan untuk menampung jualan yang begitu besar dalam masa satu hari sahaja.

Ini sekadar pengenalan untuk membuka mata kita betapa pentingnya data dalam kehidupan. Andai hari ini anda masih sibuk dengan masalah privasi dan sebagainya, lebih baik kita hidup di luar dunia digital.

Apabila kita berada di atas talian sahaja, memang privasi itu boleh dikatakan sudah tiada, sebab di mana sahaja akan ada gajet atau peranti yang menyebabkan data kita terdedah, mungkin bukan yang sensitif, tetapi yang tidak sensitif.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *