Blockchain – pengurusan data sistematik masa depan

Blockchain atau rantaian data merupakan teknologi pengurusan data yang membolehkan pelbagai perkara yang sekarang ini mengambil masa yang lama menjadi lebih cepat. Ianya merupakan teknologi yang akan membantu menambah kadar kecekapan sesuatu sistem dan dalam masa yang sama dapat mengurangankan korupsi atau salah guna kuasa.

pengurusan data lebih selamat menggunakan blockchain

Blockchain ini adalah teknologi simpanan data yang menggunakan konsep blok data yang akan disimpan dalam rangkaian atau network of computer untuk membolehkan ianya dirujuk semula menggunakan ID rujukan blok yang terdahulu.

Setiap blok yang wujud dalam rangkaian akan mempunyai ID rujukan blok terdahulu, dan ini antara perkara yang menyebabkan blockchain menjadi teknologi yang selamat dan sangat efisyen dalam menguruskan data.

Kertas kajian mengenai “blockchain” ini telah diterbitkan pada tahun 1991 oleh dua orang penulis berpangkat profesor untuk membolehkan pengurusan data dalam bentuk digital yang lebih padu dan selamat. Pada ketika itu, mereka menerapkan konsep penggunaan timestamp atau cop masa untuk memastikan setiap data tidak boleh diubah dengan mudah.

satoshi nakamoto merupakan founder bitcoin yang tidak dikenali

Pada tahun 2009, “satoshi nakamoto” melancarkan bitcoin yang menggunakan asas teknologi yang sama. Bitcoin merupakan entiti pertama yang menggunakan blockchain secara meluas dalam network mereka.

Setelah lebih 10 tahun wujud di pasaran, sekarang ini banyak aplikasi atau penggunaan blockchain yang boleh kita ambil atau gunapakai termasuklah dalam pengurusan kewangan, percukaian, jual beli, wasiat, undi dan pelbagai lagi. Semua ini akan membolehkan ketelusan dalam aktiviti urusniaga dan mengelakkan daripada korupsi terutama dalam aktiviti yang melibatkan kerajaan.

Jika anda masih belum memahami bagaimana blockchain ini akan memberikan impak positif dalam kehidupan, sila bookmark blog datadriven.my ini untuk perkongsian demi perkongsian lebih lengkap.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *