Data itu adalah matawang masa kini

Apabila bercerita tentang data, kita boleh buat rumusan mudah, bahawa data adalah matawang atau sumber duit untuk mereka yang memahami penggunaannya. Jika suatu ketika dahulu database dikaitkan dengan duit, ianya disebabkan database tersebut mengandungi maklumat pelanggan yang membolehkan jualan dibuat.

Pada masa kini data yang lebih meluas dikaitkan dengan perkara sama disebabkan dengan data kita boleh membuat analisa mendalam mengenai trend pasaran dan pelbagai lagi.

Semua ini menyebabkan banyak syarikat gergasi menjadikan pengumpulan data sebagai aktiviti utama mereka. Mereka menyediakan platform percuma hanya kerana ingin mendapatkan data yang lebih banyak.

Semakin banyak data yang kita kumpul, semakin besar potensi analisa lebih tepat kita boleh lakukan. Usah lepaskan peluang ini untuk mencipta mesin wang anda sendiri menggunakan data yang tersusun.

Nantikan artikel seterusnya bagaimana kita boleh menggunakan beberapa tools percuma untuk mencapai tujuan mengumpul data dengan cara yang baik.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *