Kelebihan menggunakan Google Tag Manager

Google Tag Manager merupakan alat untuk menguruskan pelbagai jenis tracking tools dalam satu tempat yang sangat memudahkan. Apa juga tracking tool yang anda ingin gunakan seperti Google Analytics, FB Pixel, Google Ads pixel dan lain-lain tracking code boleh kita uruskan dalam satu tempat.

Kelebihan apabila menggunakan Google Tag Manager atau GTM ini sangatlah banyak. Kita boleh menguruskan semua penambahan tracking tool terus dari panel kawalan GTM tanpa perlu menambah kod baru dalam laman web kita.

flow asas google tag manager

Ini secara tak langsung menyebabkan kita dapat mengurangkan kesilapan memasang kod tracking berganda dan seumpamanya. Selain itu, kita boleh menggunakan custom trigger untuk menghantar data ke dalam Google Analytics, FB Pixel, Google conversion pixel dan seumpamanya.

Semua ini akan membolehkan kita menambah baik report yang terpapar dalam panel tracking yang kita gunakan. Custom trigger ini memberikan kita maklumat tambahan yang sangat berguna sekiranya disusun dengan baik.

Jika anda belum pernah lagi menggunakan GTM ini, bolehlah daftar perkhidmatan percuma yang disediakan oleh pihak Google ini di halaman Google Tag Manager.

Tutorial untuk menggunakan GTM ini akan kami terbitkan dalam masa terdekat. Ada beberapa siri video tutorial yang telah disusun untuk membolehkan pemahaman daripada peringkat asas sehinggalah peringkat lanjutan berkenaan penggunaan GTM dalam pengurusan data digital anda.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *