Kerjaya berkaitan data yang semakin bertambah

Jika 10-15 tahun dahulu, mungkin bercerita mengenai kerjaya berkaitan data ini tidak menarik perhatian ramai orang. Walaupun pekerjaan itu telah wujud, namun ianya dianggap satu kerjaya terpencil yang hanya diusahakan oleh sekelompok individu yang mempunyai minat sama.

Namun perkembangan teknologi, dengan wujudkan pelbagai kaedah dan cara untuk membuatkan kehidupan kita ini lebih bermakna, kerja berkaitan data ini bercambah seperti cendawan selepas hujan.

Ada begitu banyak jenis kerjaya yang berkaitan data yang memerlukan kemahiran tertentu untuk memastikan kebolehan atau potensi data itu dapat dimaksimakan.

peluang kerjaya dalam big data

Antara kerjaya yang sedang mendapat permintaan tinggi berkaitan dengan data adalah seperti berikut

Data Scientist

Antara tugas utama adalah keupayaan untuk melombong data dan membuat analisa atau menyediakan rumusan daripada data yang dikumpul untuk organisasi besar. Impak daripada analisa ini boleh menyebabkan peningkatan keuntungan berlipat kali ganda.

Purata gaji tahunan di Amerika untuk jawatan ini adalah sekitar USD108,000 setahun. Ianya antara jawatan yang lumayan. Kelayakan yang tinggi seperti mempunyai Master Degree atau PhD adalah menjadi keutamaan untuk jawatan seperti ini.

Data Engineer

Tugas utama adalah untuk menggunakan pengetahuan IT mereka untuk menyediakan infrastruktur agar data-data yang diperlukan akan dapat dikutip dan disimpan untuk dianalisa di kemudian hari.

Anda memerlukan kelayakan dalam bidang yang berkaitan seperti ijazah untuk membolehkan anda bertanding dalam jawatan ini, terutama jika anda tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam bidang berkaitan.

Purata gaji untuk jawatan ini adalah sekitar USD106,000 setahun.

Data Analyst

Tugas seorang data analyst adalah untuk merancang program atau aktiviti yang akan membolehkan data-data dikutip seperti membuat perancangan untuk membuat bancian.

Mereka bertanggungjawab menguruskan bancian tersebut, mencari kelompok yang perlu dibanci dan mengumpulkan hasil bancian untuk diuruskan pula oleh mereka yang sepatutnya.

Gaji purata untuk jawatan ini adalah sekitar USD60,000 setahun. Tak kurang lumayan juga kan.

Data Architect

Ini antara tugasan yang rumit kerana mereka perlu mahir untuk membuat design berkaitan relational-database system yang akan membolehkan data-data disimpan dan kemudian digunakan semula untuk mendapatkan rumusan yang diperlukan.

Gaji purata untuk jawatan ini juga lumayan, sekitar USD113,000 setahun.

Anda memerlukan kemahiran untuk mereka sistem simpanan dan pengurusan data yang baik jika ingin berdaya saing dalam jawatan ini.

Jawatan lain berkaitan

Sebenarnya ada banyak lagi jawatan berkaitan seperti database manager, security engineer, technical recruiter yang menjadi keperluan untuk dunia big data ini. Ianya adalah potensi yang perlu kita lihat, jika bukan untuk diri kita, untuk anak-anak kita atau generasi muda yang sedang merancang masa depan mereka.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *