Pemasaran menggunakan data, pulangan berlipat kali ganda

Pemasaran menggunakan data ini sebenarnya telah lama digunakan oleh syarikat-syarikat gergasi untuk membuat analisa pelanggan, patern, kelakuan pengguna, cara mereka membeli, waktu atau tempoh mereka membeli dan banyak lagi.

Dalam dunia digital sekarang, ada yang menyebut mengenai Big Data dan bagaimana dengan big Data ini kita boleh membuat ramalan awal berdasarkan data yang kita ada.

pengurusan data pemasaran untuk keuntungan berlipat kali ganda

Bayangkan, dengan data, anda boleh merancang lebih awal dengan tepat apa yang anda ingin lakukan pada bulan-bulan atau tahun yang akan datang. Anda bukan membuat promosi kerana ingin melariskan jualan, anda membuat promosi kerana anda tahu, itu adalah keperluan untuk perniagaan anda berdasarkan data yang ada.

Suatu ketika dahulu, mengumpul data ini merupakan aktiviti yang memerlukan kos tinggi, terutama jika perniagaan kita fokus pada aktiviti luar talian.

Pada masa kini, pengumpulan data ini menjadi semakin mampu milik, anda sudah tidak perlu mempunyai infrastruktur yang mahal hanya kerana ingin mengutip data.

Ada banyak tools seperti Google Tag Manager yang boleh kita gunakan untuk mengutip, menguruskan dan akhirnya membuat analisa data yang berjaya dikumpul.

anggaran kewangan untuk kempen pemasaran

Bayangkan anda boleh membuat anggaran awal berapa jumlah jualan yang akan terhasil daripada kempen pemasaran yang anda akan jalankan, dari situ, anda boleh sekaligus merancang bajet perbelanjaan yang lebih jitu untuk kempen yang anda akan jalankan.

Jika anda masih belum memulakan aktiviti pengumpulan data ini, silalah buat sekarang. Ya, sekarang juga.

Anda sedang bazirkan aset digital yang akan dapat ditukarkan kepada apa juga matawang yang anda suka jika diuruskan dengan baik. Nantikan tutorial-tutorial lengkap bagaimana untuk mengumpul dan menguruskan data-data ini pada peringkat permulaan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *