Pengenalan mengenai big data

Sebelum ni ada beberapa perkongsian mengenai data yang telah kita bincangkan, kali ini berkaitan dengan big data atau pengumpulan data untuk pelbagai tujuan. Andai kita faham perkara ini, kita akan sedar sudah tiada privasi dalam kehidupan kita apabila kita mula masuk ke dalam dunia digital.

Memang kita boleh mengawal beberapa bahagian dalam akaun media sosial kita dan seumpamanya, namun secara skop lebih besar, semua data dan aktiviti kita dalam dunia digital ini, boleh dikutip untuk dibuat analisa.

Mari kita tonton video bagaimana big data ini digunakan untuk mempengaruhi pengguna membuat tindakan.

Mengumpul dan menguruskan big data ini memerlukan infrastruktur yang berbeza daripada cara menyimpan data yang lama. Ada beberapa teknologi yang boleh digunakan, antaranya adalah hadoop. Kita akan bincang lebih mendalam mengenai perkara ini dari masa ke semasa.

Kami di datadriven sendiri sedang menyusun beberapa perkara berkaitan big data ini agar boleh dimanfaatkan oleh kita semua bersama.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *