Perkara penting anda perlu tahu mengenai data dalam laman web

Apabila bercerita mengenai data, ramai yang akan fokus pada perkara-perkara yang tidak terlalu penting. Antara yang biasa kita dengar atau baca adalah bagaimana ramai terlalu fokus pada pemalar yang kurang penting atau tidak mendatangkan apa-apa maksud jika dilihat hanya dari satu sudut.

Contohnya bagaimana bounce rate itu sebenarnya tidak memberikan apa-apa maksud sekiranya kita hanya melibat peratusan bounce rate tersebut tanpa mengakitkan dengan pemalar lain seperti conversion rate, halaman apa yang mereka lawati, apakah action yang wujud dalam halaman tersebut dan banyak lagi.

Pemalar-pemalar ini kita boleh perolehi datanya secara percuma menggunakan gabungan data layer, trigger dan tag yang kita uruskan menggunakan Google Tag Manager.

membuat analisa data untuk pemasaran lebih berkesan

Bayangkan setiap kali anda menjalankan kempen pemasaran menggunakan FB Ads, Google Ads, Bing Ads atau apa juga platform online, data-data yang akan boleh kutip daripada kempen ini sangat berharga sebenarnya. Andai anda hanya lihat pada hasil akhir (contohnya jualan), ianya tidak memberikan gambaran sebenar kempen yang anda telah jalankan.

Kemahiran menganalisa data ini adalah kemahiran yang perlukan pengalaman yang cukup mendalam dan kebolehupayaan untuk menggabungkan pelbagai pemalar menjadi satu gabungan analisa yang mantap.

menggabungkan pemalar dalam data yang dikutip untuk keuntungan berganda

Selepas anda mempunyai data begini, anda boleh merancang kempen pemasaran lanjutan yang lebih tepat dan berkesan berdasarkan data yang ada. Semakin banyak data yang akan kutip, semakin tepat anggaran dan perancangan yang anda akan boleh lakukan.

Ini antara misi DataDriven.my pada tahun 2020 ini, iaitu untuk memberikan pendedahan bagaimana data-data ini perlu dikutip kemudian dikumpulkan untuk dibuat analisa yang akan mendatangkan lebih banyak keuntungan untuk perniagaan yang kita jalankan.

Sudahkah anda semua bersedia? Boleh tinggalkan komen untuk memberi maklum balas apakah yang anda telah buat dengan data yang anda kumpul.

Selamat tahun baru kepada semua.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *