Statistik penggunaan internet global pada tahun 2019

Pasti ramai yang faham bahawa dunia digital atau dunia internet ini adalah dunia tanpa sempadan. Kita boleh berada di mana sahaja di atas muka bumi ini untuk mendapatkan akses ke dalam dunia maya ini.

Memang sangat besar apabila kita dapat meletakkan segalanya menjadi satu data statistik yang boleh kita rujuk. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai dunia internet yang boleh kita jadikan rujukan untuk menambahkan keghairahan menguruskan aktiviti atas talian.

Melihat angka pengguna gajet dan peranti yang boleh dikaitkan secara langsung dengan dunia digital ini. Memang angkanya sangat besar dan mengagumkan.

Kita dapat lihat bagaimana peningkatan penggunaan peranti boleh alih ini, lebih besar berbanding peningkatan jumlah populasi itu sendiri (dari sudut peratusan). Ini disebabkan banyak faktor, antaranya adalah kemudahan internet yang semakin meluas dan harga peranti yang semakin murah.

Ada beberapa lokasi atau negara yang menunjukkan peningkatan ketara dari sudut penembusan internet di kalangan rakyat mereka. Ini menyumbangkan kepada perkembangan dunia digital dengan kadar yang sangat pesat.

Setiap tahun, ada peningkatan dari sudut jumlah pengguna internet dan ianya telah mencecah lebih 4.3 billion pengguna dan ini merupakan potensi besar yang andai kita lepaskan, kita akan ketinggalan.

Data-data ini diperolehi daripada laman data reportal yang berkongsi banyak data-data yang kita boleh rujuk dan jadikan panduan untuk perancangan dan aktiviti kita dari masa ke semasa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Reader Interactions

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *